Sabtu, 4 September 2010
Khamis, 2 September 2010
Isnin, 30 Ogos 2010
MERDEKA

Ahad, 29 Ogos 2010
Selasa, 1 Disember 2009
Masjid
Minggu lepas DC ikut rombongan sekolah. DC pergi macam-macam tempat termasuklah Taman Tamadun Islam, banyak masjid... DC cari apa peranan masjid dan DC jumpa yang ini... 
Firman Allah dalam ayat 109 dan 110 surah al-Taubah:
أفمن أسس بنيــنه على تقوى من الله ورضون خير أم من أسس بنيــنه على شغا جرف هار فانهار به فى نار جهنم والله لايهدى القوم الظــلمين . لايزال بنيــنهم الذي بنوا ريبة فى قلوبهم إلا أن تقطع قلوبهم والله عليم حكيم
Maksudnya : "Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka kecuali bila hati mereka telah hancur. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"
Kalau ada sesiapa yang nak terangkan lebih lanjut boleh juga...
Read more...Jumaat, 23 Oktober 2009
Nabi & Rasul
Hari ni Ustaz bagi latihan yang DC kena cari iaitu;
- Siapa Nabi?
- Siapa Rasul?
- Berapa bilangan nabi?
- Berapa bilangan rasul?
DC dah cari dan ini jawapannya
- Nabi dalam Islam merujuk kepada orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah sebagai panduan hidup
- Rasul pula adalah nabi yang diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya.
- Bilangan Nabi ada 124 000 orang
- Bilangan Rasul ada 315 orang
Ahad, 19 Julai 2009
9 anak syaitan
DC nak kongsi ceramah Ustaz Shahbudin di sekolah DC pada hari Selasa tapi tarikh dah lupa.
Umar al-Khattab r. a terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu:
1. Zalituun
*Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggodasupaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
*Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
*Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
*Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minumankeras).
5. Murrah
*Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
*Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
*(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
*Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
*Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.



