Selasa, 1 Disember 2009

Masjid

Minggu lepas DC ikut rombongan sekolah. DC pergi macam-macam tempat termasuklah Taman Tamadun Islam, banyak masjid... DC cari apa peranan masjid dan DC jumpa yang ini...

Firman Allah dalam ayat 109 dan 110 surah al-Taubah:
أفمن أسس بنيــنه على تقوى من الله ورضون خير أم من أسس بنيــنه على شغا جرف هار فانهار به فى نار جهنم والله لايهدى القوم الظــلمين . لايزال بنيــنهم الذي بنوا ريبة فى قلوبهم إلا أن تقطع قلوبهم والله عليم حكيم


Maksudnya : "Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka kecuali bila hati mereka telah hancur. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"

Kalau ada sesiapa yang nak terangkan lebih lanjut boleh juga...

Read more...

Jumaat, 23 Oktober 2009

Nabi & Rasul

Hari ni Ustaz bagi latihan yang DC kena cari iaitu;

  1. Siapa Nabi?
  2. Siapa Rasul?
  3. Berapa bilangan nabi?
  4. Berapa bilangan rasul?

DC dah cari dan ini jawapannya

  1. Nabi dalam Islam merujuk kepada orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah sebagai panduan hidup
  2. Rasul pula adalah nabi yang diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya.
  3. Bilangan Nabi ada 124 000 orang
  4. Bilangan Rasul ada 315 orang

Read more...

Ahad, 19 Julai 2009

9 anak syaitan

DC nak kongsi ceramah Ustaz Shahbudin di sekolah DC pada hari Selasa tapi tarikh dah lupa.
Umar al-Khattab r. a terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu:

1. Zalituun
*Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggodasupaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
*Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
*Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
*Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minumankeras).

5. Murrah
*Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
*Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
*(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
*Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
*Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Read more...

Selasa, 17 Mac 2009

BERKENALAN DENGAN RASULULLAH S.A.W. DARI DEKAT

Satu Analisa Ditulis Oleh: Ibnu Azhari Al-Kelantan

Jarak masa di antara kita dan Nabi Muhammad s.a.w. sudah hampir 1400 tahun dan pengajian kita mengenai baginda baik dari segi batang tubuhnya atau juga dari lain-lain segi masih banyak yang belum rapat dan mesra. Besar kemungkinan bahawa cinta dan mesra terhadap baginda akan semakin pudar dan kehilangan tempat dalam jiwa kita dan ini besar bahayanya. Satu ikhtiar mesti dibuat segera bagi menghadapi kemungkinan buruk ini.

Bulan Rabi’ulawal selalunya memegang peranan penting untuk ini. Dia mempunyai daya penyusup ke dalam jiwa yang masih hidup untuk ingatan kita. Seperti juga Ramadhan , banyak membuat orang terpegun lama di hadapan Al-Quran Al-Karim dengan penuh khusyu’ dan insaf di malam-malam harinya. Apa kata kalu kita berhenti sejenak menatap wajahnya yang mulia dan jasadnya yang diberkati, mana tahu selera kita bertambah dan sayang mesra makin mendalam lagi.

Sifat-sifat TubuhNya Yang Mulia Di antara keistimewaan-keistimewaan penganut Islam yang begitu banyak ialah menyiapkan sebuah rekod khusus mengenai bentuk fizikal jasad Rasulullah Nabi kesayangan mereka secara lengkap dan penuh perincian. Dunia tidak akan ketemu dengan sebuah fail yang begitu kemas dan lengkap dalam pekara yang serupa terhadap batang tubuh mana-mana pemimpin dunia diseluruh alam termasuk mana-mana nabi zaman dahulu seluruhnya.

Kesayangan manuasia (sahabat) terhadap Nabi Besar Muhammad menyebabkan segala apa mengenainya lebih-lebih sifatnya telah disurat dan dirakam dalam semua kitab, Sunanulsitta khususnya dalam Al-Zarqani dan Al-Syama’ Al-Imamal-Tarmidzi Rahmahullah. Hasil dari itu maka seorang manusia muslim dengan segera dan tidak teragak-agak akan dapat mengenali Nabinya sekarang kalau ditakdirkan baginda hidup balik dan terserempak denganNya dimana sahaja dan bila-bila pun.

Dibawah ini kita ringkaskan sedikit sifat-sifat tubuhnya. Rasulullah dikurniakan sebatang tubuh yang tegap dan kacak (Murabba’ Al-Qamah) cahaya kulitNya putih kemerahan-merahan. Ukuran tingginya seimbang dan sederhana, bila melangkah berjalan, maka seakan menurun dari tanah tinggi kata sahabatnya. Rapi dan penuh dengan kesungguhannya.

(Keadaan ini selain dari sebab-sebab bentuk tubuhnya yang tegap dan sihat maka ianya mencerminkan hasrat jiwanya yang tidak pernah kekosongan. Ada orang yang berbadan tegap dan rangkanya mengerunkan. Namun hentakkan kakinya tidak bermaya dan tidak tentu arah sahaja.. bila diajak bercakap, maka jelas nampak rupanya jiwa dia kosong, tidak punya program hidup sebab itu dia merayau-rayau membawa kaki sahaja.

Bagi Nabi Muhammad setiap detik umurnya penuh tepu dengan kerja. Maka anggotanya pun turut hidup dan menghayunkan rentak yang aktif. Wajahnya cantik berseri dan sentiasa senyum mempunyai perwatakan yang menarik. Pernah sahabat-sahabatnya menatap wahajnya lama-lama kemudian menengadah kelangit merenung bulan ppurnama untuk menentukan mana satu yang lebih berseri. Ditengahnya terpacak sebatang hidung yang comel tirus memancong. Kerongkong matanya terpahat luas menampakkan bulatan mata hitamnya dengan jelas.

Bahagian putihnya yang terpaut sekeliling menambahkan lagi seri wajahnya. Dari atas melebat turun rambut –rambut hitam berikal mayang mencecah bahu. Janggutnya yang hitam dibiarkan tumbuh dengan galaknya dikeliling kawasan muka, manakala misainya dipapas berandam bagi menampakkan sikap kelakian yang arif agaknya. Bila panjang menghulur lebih dari genggan jarinya terus dipotong serta dipesannya supaya umatnya juga berbuat begitu, supaya kamu mempunyai watak dan syaksyiat muslim yang tidak serupa dengan kafir musyrik katanya.

Giginya tersusun gagah . tentang putih bersihnya jangan ditanya kerana bersugi itu besar pahala mengikut ajarannya. Dan baginda sendiri sangat acap bersugi sampai saya bimbang takut giginya haus ujar seorang isteri. Bau mulutnya yang manis-manis anak itu membuat orang suka duduk dekat badinda berpidato. Yang anih bau peluhnya juga begitu.

Pernah seorang perempuan tua , umu-aiman menyiapkan sebuah botol kecil, nasib-nasib dapat menyimpan peluh baginda didalamnya. Diatas dadanya yang luas bidang itu terdapat banyak bulu-bulu gagah. Arus suburnya menali turun kebahagian bawahan perutnya. Manakala perutnya tdak besar berlabu tapi kemas dan sama kempis dengan bahagian dadanya. Di bahagian belakang dicelah dua tulang kipasnya menimbul sebiji butir sebesar telur burung kecil bertulis Allah dan dikenali sebagai “Mohor Kenabian”.

Mengikut cerita lama butir ajaib inilah menyebabkan seorang Padri di negeri Syam mengesa bapa saudaranya Abu Talib yang sedang menjalankan urusan perniagaan bersama Nabi yang masih berumur dua belas tahun itu, supaya cepat membawanya balik ke Mekah, jangan sampai ketara oleh Yahudi bedebah disini.

Mimpi Jumpa Nabi Pada dasarnya Islam menerima kebenaran mimpi dengan syarat-syarat yang tertentu. Dia adalah satu-satunya saluran ghaib yang masih ada untuk manusia meninjau-ninjau ke alam seberang sana. Kerana kenabian sudah tamat, apa yang ada ialah khabar-khabar gembira atau mimpi sallih yang dapat dilihat oleh seorang mukmin, maksud satu hadis dengan sabdanya: “Sesiapa yang bermimpi melihat akau setelah aku mati, maka seolah-olah dia melihat akusewaktu aku masih hidup, kerana Syaitan tidak akan berdaya meniru contoh rupaku’.
Memang bertuah kalau anda dikurniakan sekali lagi mimpi begini.

Nabi Kenal Kita Di Akhirat? Jarak masa di antara kita sekarang dan Rsulullah telah begitu jauh jurangnya. Apa sempatkah Rasulullah mengenali kita dicelah-celah semak-samun manusia yang berhimpit-himpit di padang Mahsyar nanti??? Satu soalan yang mungkin meletus dikepala kita, dan kebetulan telah pun meletus di dalam kepala seorang sahabat Rasulullah dizaman hayatnya dulu, lalu menyoalnya terus.

Untuk meredakan kerunsingan sahabatnya yang bimbangkan nasib anak cucunya yang lahir selepas kematian Nabi itu , Baginda membuat satu kias yang dapat dimengertikannya sendiri, katakanlah tuan memelihara seekor kambing berwarna hitam bercampur dengan kambing-kambing jiran disebelah yang beribu ribu ramainya tapi kesemuanya berwarna putih belaka. Sukarkah tuan mengenali kambing tuan ? jawab sahabat : tentu tidak sukar ya! Saya pun begitu juga. Umat-umat saya akan dibangkit dari kubur masing-masing lengkap dengan tanda-tandanya sekali. Iaitu kakitangan mereka cantik berseri oleh kesan air wudu’k . Sudahkah anda berwudu’k?

Akhir sekali bolehkah kita sendiri mengenali baginda, sedangkan kita tidak pernah bertemu wajah dengannya? Mengikut hukum adat, memang boleh bahkan lebih mudah bagi orang ramai mengenali orang seseorang.

Untuk menguatkan lagi, sila tatap sebuah hadith yang di bawa oleh Imam Al-Bukhari sendiri bermaksud: Bila selesai urusan menanam seorang mayat, datanglah malaikat-malaikat yang di tugaskan khusus sambil menanya; Awak kenal siapa orang ini? Sambil menunjukkan gambaran; satu lembaga manusia kiranya yang di soal itu dari kalangan mukmin, maka dengan senang dia menjawab bahawa; Inilah Muhammad. Dia diutus kedunia mengajarmu agama Allah. Saya sendiri telah menjunjung segala apa yang diajarnya dengan penuh keyakinan.

Sebaliknya kalau sidia itu dari kalangan kafir atau munafik. Maka jawabnya: Oh! ……… saya dengar khabar orang ini ialah Muhamad. Belumpun sempat dia berceloteh lebih panjang, sebatang tongkat besi telah melayang singgah di kepala nya serta ditempelak. Begitu lama kamu hidup di dunia menghirup segala rupa rezeki Allah dan mencebuk segala kesenangan hidup. Tapi kamu cuma main dengar khabar sahaja ? Maka sambung menyambung lah segala rupa azab sengsara keatsnya. Sekarang sudahkah tuan kenal Nabi Muhammad siapa orangnya ?

Read more...

Ahad, 15 Mac 2009

GANGGUAN MAKHLUK HALUS.

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN

Antara punca dari jin:
Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat. Jin yang ingin menzalimi manusia Dengki dan hasad kepada manusia yang di beri kelebihan oleh Allah malah ada yang bercita-cita menjadi manusiaBalas dendam.

Antara punca dari manusia:
Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
Sikap manusia yang takkabur dan mencabarKeadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
a.Terlalu marah.
b.Terlalu takut.
c.Nafsu syahawat yang tinggi.
d.Manusia yang lalai.
e.Jahil.

Manusia beragama dan taat semata-mata untuk menyesatkan Menyeru jin agar bersahabat dengannya seperti “menurun”.

TANDA-TANDA GANGGUAN

Gejala Ketika tidur:

o Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
o Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
o Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
o Mimpi buruk yang menakutkan.
o Mimpi melihat binatang seperti kucing,anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya. Ada kemungkinan sihir telah meresap ke dalam dirinya.
o Ketawa , menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
o Bunyi gigi bergetar/berlaga ketika tidur.
o Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
o Berdiri dan berjalan ketika tidur.
o Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
o Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
o Mimpi melihat mahkluk halus.
o Mimpi melihat salib atau gereja.
o Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
o Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
o Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (Tanda santau ).

Gejala Ketika Jaga

Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.tHilang ingatan (Gila).
Lesu dan malas.Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
Lenguh sendi-sendi.Melihat sesuatu yang pelik.Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki
Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
Jiwa lemah dan mudah mengalah.
Selalu mengantuk.
Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut.
Mudah marah dan panas baran.

JENIS-JENIS GANGGUAN
1-Gangguan sepenuhnya iaitu gangguan di seluruh tubuh seperti seorang mengalami masalah gangguan saraf tersumbat dan seumpamanya.
2-Gangguan sebahagian anggota.
3-Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada di dalam badanya dalam jangka yang agak lama.
4-Gangguan sejenak tidak lebih daripada beberapa detik seperti mimpi buruk.

MELINDUNGI DIRI DARI GANGGUAN JIN
1.Sentiasa berzikir dengan zikir yang di wariskan oleh nabi s.a.w.
2.Menyebut nama Allah dalam setiap perkerjaan.
3.Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
4.Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
5.Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
6.Jangan membuang air kecil terutama di dalam lubang dan jangan mencurahkan air panas ke mana-mana lubang atau takungan air.
7.Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.

Read more...

Kunci rahsia ke syurga

DARIPADA Abu Hurairah katanya:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman.Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih-kasihan.Adakah tidak aku tunjukkan kamu suatu? Bila kamu kerjakan, kamu akan berkasih-kasihan? Iaitu sebarkan salam di kalangan kamu.

(Muslim dan Abu Daud)

Pengertian Dalam hadis ini Rasulullah telah menunjukkan kepada kita sebagai umatnya satu rahsia yang paling senang menyebarkan salam dengan seluas-luasnya di kalangan umat Islam, berkasih sayang sesama sendiri bersama keimanan yang mendalam.

Kesimpulannya Salam dapat mempengaruhi manusia ke arah hidup yang lebih harmoni.Oleh itu sebarkanlah salam di kalangan kamu kerana itulah kunci rahsia ke syurga.

Read more...

Sabtu, 14 Mac 2009

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti.

Read more...

Sahabat Nabi

Ustaz suruh cari nama sahabat nabi yang tak pernah orang dengar. Bila DC cari, dapat nama ni;

  1. Abbad ibn Bishr
  2. Abdullah ibn Abbas
  3. Adullah ibn Amru
  4. Abdullah ibn Hudhafah As-Sahmi
  5. Abdullah ibn Jahsy
  6. Abdullah ibn Mas'ud
  7. Abdullah ibn Rawahah
  8. Abdullah ibn Salam
  9. Abdullah ibn Umar
  10. Abdullah ibn Umm Maktum
  11. Abdullah ibn Zubair
  12. Abdur Rahman ibn Auf
  13. Abu Ayyub al-Ansari
  14. Abu Dzar al-Ghifari
  15. Abu Musa Al-Asya'ari
  16. Abu Hurairah
  17. Abu Said Al-Khudri
  18. Abu Sufyan ibn Al-Harith
  19. Abu Ubaidah Al-Jarrah
  20. Abu Darda'
  21. Abul As ibn ar-Rabiah
  22. Adi ibn Hatim
  23. Ammar ibn Yasir
  24. Amru Al-Ash
  25. Amr ibn Jamuh
  26. Anas ibn Malik al-Ansari
  27. An-Nuayman bin Amr
  28. At-Tufail ibn Amr ad-Dawsi
  29. Aqil ibn Abi Thalib
  30. Asma binti Abu Bakar
  31. Barakah
  32. Bara' ibn Malik al-Ansari
  33. Bilal bin Rabah
  34. Fairuz Ad-Dailami
  35. Habib ibn Zaid al-Ansari
  36. Hajar ibn Adi
  37. Hakim ibn Hazm
  38. Hamzah bin Abdul Muttalib
  39. Huzaifah Al-Yamani
  40. Ikrimah ibn Abu Jahal
  41. Ja'afar ibn Abi Thalib
  42. Julaibib
  43. Khabbab ibn al-Aratt
  44. Khalid bin al-Walid
  45. Miqdad Al-Aswad
  46. Muaz ibn Jabal
  47. Muawiyah ibn Abu Sufyan
  48. Muhammad ibn Maslamah
  49. Mus'ab ibn Umair
  50. Nu'man ibn Muqarrin
  51. Nu'man ibn Basyir
  52. Nuaim ibn Mas'ud
  53. Rabiah bin Ka'ab
  54. Ramlah binti Abu Sufyan
  55. Rumaysa binti Milhan
  56. Sa'ad ibn Abi Waqqas
  57. Said ibn Amir al-Jumahi
  58. Said ibn Zayd
  59. Salim Maula Abi Huzaifah
  60. Salman Al-Farisi
  61. Suhaib Ar-Rumi
  62. Suhail ibn Amr
  63. Talhah ibn Ubaidillah
  64. Thabit ibn Qais
  65. Thumamah ibn Uthal
  66. Ubay ibn Ka'ab
  67. Umair ibn Sa'ad al-Ansari
  68. Umair ibn Wahab
  69. Ummu Salamah
  70. Uqbah ibn Amir
  71. Usamah ibn Zaid
  72. Utbah ibn Ghazwan
  73. Uwais Al-Qarni
  74. Zaid ibn Harithah
  75. Zaid ibn Thabit
  76. Zubair ibn Awwam

Read more...

Syaitan Menolong Orang Ke Masjid

Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid .Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid.Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju.Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.

Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia.

Orang itu menjawab?Aku??

Aku adalah syaitan.

Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut.

Syaitan menjawab ?Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun.

Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun.
Sebab itu aku menolongmu.

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah.
Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....

~wallahualam~

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP