Sabtu, 13 Disember 2008

Kenduri

Pada hari jumaat ibu tengok kad jemputan kenduri, ibu kata ada tiga kad jemputan. Ibu suruh semua ikut ibu pergi kenduri sebab ibu tak masak hari tu. Tapi abah tak ikut sebab abah kerja. Kami pergi kenduri lepas zuhur, kami pergi kenduri di Bendang D Kelubi,Jitra dulu sebab dekat lepas tu Alor Setar dan yang terakhir kami pergi Pendang. Kami balik rumah pukul 6:00, abah dah balik DC pun tanya abah lapar tak abah kata tak lapar pun abah dah makan jadi pun biar je la.Ok dah DC cuma nak cerita yang tu je. Bye bye.

Read more...

Ahad, 30 November 2008

Aktiviti Di Library




Pada hari ini (Ahad) DC & abang Hafiz pergi ke UUM untuk siapkan kerja karangan yg diberi oleh Sir Shamsul. Tapi tak jumpa, nasib baik waktu tu library ada aktiviti membuat bear, jadi DC pun sertai je la aktiviti itu. Seronok buat bear tu rasa macam nak buat lagi satu, tapi cikgu tu tak bagi. Jadi kena la buat satu je. Pukul 1.00 p.m library tutup sbb rehat, pukul 2.00-4.00 p.m kitaorang kena pergi pulak sbb ada dua aktiviti lagi. Aktiviti yg pertama kena buat kotak, tengok je senang tapi sebenarnya ada juga bahagian yg susah... bahagian lipat. Bila nak lipat tu kena la minta tolong cikgu, ramai yg minta tolong cikgu sampai penuh satu meja. Lepas lipat tu siap la kotak tu, cikgu kata kalau dah siap boleh buat hiasan di tepi kotak tu. Tapi bila DC dah habis buat hiasan cikgu puji DC, cikgu kata cantik DC buat hiasan tu. Lepas siap buat kotak tu ada lagi aktiviti yg terakhir kena buat kucing. Tengok je senang padahal susah... bahagian yg susah tu waktu nak lipat telinga kucing tu sampai kena minta tolong cikgu.Bila habis lipat tu cikgu bagi warna crayon, satu kumpulan tu cikgu bagi satu kena kongsi. Cikgu bagi warna crayon tu untuk lukis muka kucing, cikgu kata boleh bawa balik bear, kotak & kucing tu untuk tunjuk dekat ibu & abah. DC pun bawa balik la semua barang-barang tu, bila DC tunjuk abah kata cantik la comel dll. Malam tu pulak kitaorang dapat berita yg Kak G bersalin dapat anak perempuan.

Read more...

Khamis, 27 November 2008

Manusia Melawan Racun



Pada zaman sekarang, ramai manusia yg berpenyakit, macam-macam jenis penyakit. Ibu DC kata mungkin penyakit itu datang dari makanan yg beracun seperti sayur, ikan, dll. Mungkin juga dari makanan segera yg menyebabkan manusia mati pun segera. Sbb orang dulu ibu kata mereka kalau nak cari ikan mereka cari di sawah, bendang dll. Kalau sayur pula, mereka akan tanam di sekeliling rumah saja. Dan beras, mereka akan ambil padi dan mereka akan membuat padi itu menjadi beras. Kemudian, mereka pun masak la beras itu. Tak da pun guna racun-racun...... Macam mana ye DC nak tanam sayur keliling rumah semua batu-batu. Cuba siapa -siapa bagi idea. Ooo..... boleh guna pasu tapi DC tak seronok tak da kawan, ibu abah sibuk..

Read more...

Rabu, 26 November 2008

Kek & Doa???


Tahun ni DC tak sambut hari lahir sbb abah & ibu sibuk tapi DC tak kisah sbb ibu & abah dah doakan DC tiap-tiap hari. Ibu beritahu DC lebih baik baca doa untuk keberkatan hidup. Tak semestinya kena beli kek. Betul cakap ibu.kek ibu lagi sedap sampai tak cukup. Sebenarnya kami pun dah tak lalu makan kek beli sbb kami pernah termakan kek beli yg ada c***k.

Read more...

Ahad, 23 November 2008

Kenapa Bayi Menangis


Eee..... geramnya Fawwaz ni, asyik menangis je. Kenapa ye? Ooo..... baru teringat dia baru baik demam dan nak susu. Teringat DC masa baru keluar dari perut ibu, DC menangis. Nak tahu tak kenapa DC nangis, sebab DC terkejut melihat doktor. Satu lagi, takut banyak syaitan nak ganggu DC dan rasa sejuk sangat sebab tak ada baju dan malu. Nak tahu tak doktor cakap apa dekat telinga DC, dia suruh DC jadi doktor besar nanti, tapi DC tak jawab pun. Ha ha ha.... sebenarnya ibu DC yg cerita DC mana tahu.
Setahu DC bayi menangis kerana lapar, sakit, badan tak selesa dan mengantuk nak tidur. Itu je la yag DC tahu, setakat yang DC lihat adik Fawwaz yang bertuah semasa kecil.





Read more...

Doktor Comel (DC) mula berceloteh


Hari ni Doktor Comel (DC) akan mula berceloteh. Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam hidupnya, dia hendaklah sentiasa ceria dan cergas. Ibu DC pernah berkata, semangat yang tinggi akan memanjangkan umur seseorang, terutama kalau seseorang itu amat berpegang teguh dengan agamanya kerana hormon daya tahan akan tinggi dalam dirinya. Nanti DC akan kaji apa yang ibu DC kata tu. Sekarang DC kecil lagi, jadi kena tunggula DC besar.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP